PENELITIAN PERJANJIAN JUAL BELI SAMA ADA(BERSYARAT) ATAU (TIDAK BERSYARAT)
Ramai yang terperangkap dalam urusan jual beli hartanah. Sama ada pihak yang memasuki perjanjian itu memang benar tertipu atau kerana mereka yang memasuki perjanjian itu tidak mengetahui atau memahami apa yang ditandatangani. Perjanjian jual beli boleh menjadi suatu perjanjian beli yang bersyarat atau perjanjian jual beli tanpa syarat. Yang membezakan di antara keduanya ialah di dalam perjanjian jual beli bersyarat, ada beberapa syarat yang dinyatakan dan yang perlu dipatuhi atau dilakukan terlebih dulu, sebelum perjanjian terbabit menjadi tidak bersyarat. Setiap transaksi adalah berbeza dan peguam hartanah yang mahir, tahu perjanjian bentuk bagaimana yang harus diguna pakai dengan melihat kepada butiran dan dokumen yang berkaitan dengan transaksi jual beli berkenaan Dalam transaksi jual beli bersyarat, deposit tidak sepatutnya dibayar terus kepada penjual. Ini kerana kedudukan perjanjian itu masih belum berkuatkuasa sehingga syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian ...