HUTANG JAHAT(PERSONEL LOAN DAN KAD KREDIT)
Pembiayaan peribadi dan kad kredit menjadi dua punca utama permohonan pinjaman perumahan tidak mendapat kelulusan pihak bank. Eksekutif Khidmat Pelanggan di sebuah bank, Bella Leana, berkata pengalamannya berkecimpung dalam bidang kewangan sejak 2009 mendapati ramai belia di negara ini tidak dapat membuat pembiayaan perumahan disebabkan oleh punca berkenaan. Beliau berkata, memandangkan permohonan untuk pembiayaan peribadi lebih mudah diluluskan, golongan belia seakan mudah terpengaruh dengan kemudahan itu." Begitu juga dengan pemilikan kad kredit. Kad yang sepatutnya memudahkan urusan kewangan itu telah disalah guna dan ramai yang berhadapan dengan masalah untuk membayar semula kad kredit mereka. "Ini menyebabkan peluang untuk mereka mendapat pembiayaan bank menjadi begitu tipis kerana rekod pembayaran dan kewangan mereka tidak begitu baik," katanya ketika ditemui di pameran hartanah MyRumah di sini, hari ini. Bella adalah satu daripada pengucap...