TIPS-TIPS UNTUK MEMILIKI HARTANAH YANG PERTAMA BERDASARKAN KELAYAKAN PINJAMAN,RUMAH KOS RENDAH,KOS SEDERHANA RENDAH,KOS SEDERHANA.
Sila Follow Facebook Page Pihak Admin:
https://www.facebook.com/RMJ-Rumah-Murah-Johor-783663285333714/
Jika pihak pembaca ada sebarang pertanyaan ingin dibuat mengenai sebarang pertanyaan mengenai hartanah,boleh terus direct pm admin menggunakan whatsapp link dibawah:
http://www.wasap.my/60149383573/FighterHartanah
Ataupun boleh terus menghubungi pihak Admin secara terus melalui nombor diberikan di bawah:
1. 010-412-8849
2. 014-938-3573
Antara tips yang diperlukan oleh bakal-bakal pemilik hartanah,
1.KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
-Kelayakan pinjaman perumahan boleh dibuat di mana-mana bank, kenapa kelayakan pinjaman perumahan ini sangat penting untuk diketahui oleh bakal-bakal pemilik hartanah, ia merupakan suatu perkara yang penting untuk diketahui, di dalam kelayakan pinjaman perumahan, ada beberapa ciri yang akan diambil kira oleh pihak bank untuk memberi pinjaman tersebut,berikut adalah beberapa ciri yang BIASANYA dilihat oleh pihak bank
A)Bebas dari status BANKRAPSI,SENARAI HITAM.
B)Laporan CCRIS berada di dalam keadaan yang baik
C)Risiko pekerjaan(terdapat tiga jenis risiko yang pihak admin sedia maklum)
antara risiko yang diambil kira ialah:
1.Pekerja yang bekerja di dalam pejabat(menduduki risiko paling rendah)
2.Pekerja yang kerap terlibat dengan pekerjaan di luar(memliki risiko yang sederhana)
3.Pekerja yang terlibat secara terus dengan risiko-risiko yang mudah mendatangkan kematian(Memiliki risiko yang paling tinggi)
D)Profil Kewangan(Simpanan,Jumlah Aset)
E)Tahap pendidikan
F)Komitmen bulanan(Tidak melebihi daripada 60% dari keseluruhan jumlah pembayaran hutang kepada badan-badan kewangan,bergantung juga kepada jumlah gaji si peminjam)
G)DSR
H)Tempoh pekerjaann bakal peminjam di sesebuah syarikat
I)Profil syarikat tempat si peminjam bekerja
J).Profil Pekerjaan(Golongan Kolar Putih dan juga Golongan Kolar Biru)
ciri-ciri di atas di ambil kira oleh pihak bank sebelum bakal pembeli mendapat kelulusan pinjaman perumahan dari pihak mereka.Jangan ambil mudah ye,saya tahu mungkin ada sesetengah pihak kurang pengetahuan mengenai kelayakan pinjaman,bagi memudahkan pihak pembeli,pihak pembeli perlu lah beringat,umpama peribahasa melayu, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI sebelum ingin membuat sebarang keputusan melibatkan pembelian hartanah.Bukan kerana cemburu atau iri hati, tetapi saya ingin kan pembeli membuat sesuatu keputusan yang bijak sebelum memliki hartanah yang diimpikan.
2. RUMAH KOS RENDAH,RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH
-Selepas membuat semakan kelayakan pembelian,bakal pembeli harus tahu unit manakah yang sesuai untuk dimiliki, seperti unit Rumah Kos Rendah,tak semua berkelayakan untuk memiliki unit ini,kerana ada beberapa sekatan kepentingan yang dikenakan kepada pemilik baru yang ingin memliki hartanah jenis ini,hartanah jenis ini boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja sekiranya hartanah ini telah DILELONG oleh pihak BANK.Kerana bila masuk sahaja lelongan, hartanah jenis ini akan dibida oleh semua pihak,tidak kira status siapakah pemilik baru,itu sekiranya dilelong,kalau sekiranya rumah kos rendah ini tidak dilelong , ada beberapa ciri kelayakan yang perlu dimiliki oleh bakal pemilik hartanah jenis ini, antara ciri-ciri untuk memiliki hartanah jenis ini ialah
a)Gaji di bawah Rm5,000-Rm3,000
b)Dibeli mengikut quota yang telah disediakan oleh pihak kerajaan(Kuota melayu,cina,india,india muslim)
c)Merupakan peduduk asal yang menetap di negeri tersebut ataupun menjadi pemastautin tetap di sebuah negeri melebihi 5 tahun dengan bukti seperti buku bank,surat pengesahan pekerjaan dan lain-lain.
d)Status bakal si pembeli samada berkahwin atau bujang(Pembeli yang berstatus berkahwin mendapat keutaamaan dari pembeli bujang)
e)Jangkamasa pemilikan yang melebihi 5 tahun atau 10 tahun dari pihak pemilik juga merupakan kepentingan di dalam ciri-ciri pembelian.
Jadi ciri-ciri di atas merupakan kepentingan dan juga pengetahuan yang perlu dimiliki oleh pihak pembeli sebelum membuat sebarang keputusan pembelian.
3.RUMAH KOS SEDERHANA
-Untuk rumah jenis ini, kebiasaanya , tidak ada sebarang sekatan dari pihak kerajaan, berapa banyak pun ingin dimiliki tiada menjadi sebarang permasalahan untuk bakal pemilik baru , cuma pembeli harus tahu samaada mereka layak atau tidak untuk membuat pinjaman perumahan,perkara ini perlu di ambil berat kerana marjin pinjaman akan berkurangan sebanyak 30% sekiranya bakal pemilik baru mempunyai hartanah lebih dari 2 unit ,jadi bakal pemilik baru harus memiliki downpayment sebanyak 30% dari harga rumah yang ingin dibeli. Cuma , ada satu perkara yang ingin diambil kira sekiranya ingin memiliki hartanah jenis ini, perkara tersebut ialah
1)STATUS LOT YANG INGIN DIMILIKI
-Lot Bumiputera
(Lot bumiputera hanya disediakan untuk status kaum bumiputera sahaja(Melayu,Kaum Sabah dan Serawak) lot ini mempunyai kelebihan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,sekiranya pihak pembeli membeli rumah baru,terdapat jumlah diskaun yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,pihak pemaju perlu memberi diskaun sebanyak 15% dari harga rumah yang ingin dijual.Diskaun ini hanya diberi sekiranya pembeli membeli rumah baru dari pihak pemaju,tetapi sekiranya pembeli ingin memliki rumah subsale,harga tersebut akan ditentukan oleh nilai pasaran semasa,ada sedikit perbezaan antara nilai pasaran semasa dan juga nilai pasaram yang diberikan oleh pihak bank
-Nilai pasaran semasa
Nilai pasaran semasa ialah harga yang sesuai untuk dijual kepada bakal pemilik baru berdasarkan transaksi terbaru yang boleh dirujuk di portal brickz dan lain-lain platform penjualan, Penilaian ini sangat penting bagi pihak pemilik yang ingin menjual hartanah yang dimiliki,kerana jika harga yang ingin dijual mengikuti harga pasaran yang diberikan oleh pihak bank,berkemungkinan transaksi yang ingin dilakukan mengambil masa yang agak lama,jadi kita sebagai pemilik harus lah bekerjasama dengan bakal pemilik baru untuk memudahkan urusan mereka,jangan tamak,nanti rugi!hehe peribahasa selalu mengatakan ORANG TAMAK SELALU RUGI..
-Nilai Pasaran Bank
Nilai pasaran bank merupakan nilai yang dianggarkan oleh pihak bank untuk sesebuah harga hartanah tersebut, nilai tersebut diberikan mengikut pembangunan di kawasan sekitar,kemudahan di kawasan sekitar dan lain-lain. Sekiranya pihak pemilik ingin menjual dengan harga yang diberikan oleh pihak bank, ia mungkin mengambil masa yang agak panjang untuk transaksi berlaku dan ia juga akan merumitkan urusan bakal pemilik baru.bila kita permudahkan urusan orang lain,allah juga permudahkan urusan kita,tak salah sekiranya tawar menawar berlaku di dalam rundingan harga hartanah yang ingin dijual.
-Lot Antarabangsa
Lot antarabangsa merupakan lot yang tidak mempunyai sebarang sekatan. Sesiapa sahaja layak untuk memliki hartanah berstatus ini,cuma setiap negeri terdapat LEVI yang perlu dibayar pada pihak kerajaan sekiranya bakal pembeli bukan WARGANEGARA,dan juga terdapat harga minimum yang ditetapkan oleh kerajaan untuk bakal pemilik yang BUKAN WARGANEGARA,
Sekian celoteh panjang dari pihak saya untuk pengetahuan umum dan sedikit perkongsian pengetahuan mengenai hartanah,sekiranya anda semua ingin bertanyakan sebarang persoalan, boleh berurusan secara terus melalui nombor yang diberikan
Aqid Sabilallah
010-412-8849
014-938-3573

Comments
Post a Comment